Projek Pelajar
KPD KVKS
Lihat hasil kerja cemerlang pelajar kami dalam pelbagai projek pembangunan sistem,
laman web, aplikasi, dan penyelesaian IT.
Matlamat Projek
Antara matlamat projek inovasi yang telah dihasilkan oleh para pelajar dan pensyarah
🚀 Hands-on Learning
Semua projek dibangunkan daripada idea sehingga ke sistem berfungsi.
🤝 Team Collaboration
Pelajar bekerja dalam kumpulan menggunakan kaedah kerja profesional (SCRUM / Agile).
🧠 Problem Solving
Projek fokus kepada penyelesaian masalah sebenar dalam komuniti dan sekolah.
📱 Ready for Deployment
Sistem yang dibangunkan boleh digunakan terus oleh pengguna (bukan sekadar teori).
Sistem Mini Projek
Budget Buddy
Dibina oleh Ariff Afzan bin Arshad (1 DVM KPD)
Aplikasi pengurusan kewangan harian yang membolehkan pengguna merekod dan menjejak pembelanjaan secara teratur.
- Membantu pengguna mengawal perbelanjaan dengan lebih disiplin dan terancang.
- Memaparkan rekod perbelanjaan harian / bulanan secara jelas untuk analisis.
- Menggalakkan tabiat menyimpan dan pengurusan kewangan yang lebih sihat.

MuslimMate
Dibina oleh Muhammad Aqif Imran bin Adam Karim
(1 DVM KPD)
Aplikasi rujukan asas bagi membantu muallaf mempelajari konsep asas Islam dengan lebih mudah.
- Menyediakan panduan asas seperti solat, wudhu’, dan bacaan harian dalam format mudah faham.
- Kandungan dibentangkan secara teratur dan berperingkat untuk memudahkan pembelajaran.
- Menggunakan pendekatan visual dan interaktif bagi membantu muallaf memahami dengan lebih jelas.

KVKS Mart
Dibina oleh Taib Raamiz Aarez bin Taib Ziad (1 DVM KPD)
Sistem tempahan koperasi secara dalam talian untuk memudahkan pembelian barangan sekolah.
- Pengguna boleh menempah barangan terus secara online tanpa perlu beratur di koperasi.
- Memudahkan pengurusan stok dan menyemak ketersediaan barang secara real-time.
- Menjimatkan masa pelajar dan staf dengan sistem tempahan yang teratur.

Pencapaian Pelajar/Pensyarah
Pelajar kami bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam pertandingan dan projek industri sebenar.

🥇Gold Award – Web of Chaos

🥇 Gold Award – Sistem Pengurusan Cetakan di Bilik MPP (sCAT)

🥇 Gold Award – Elektronik Kamus Peribahasa Digital

🥉Bronze Medal – Sistem Laporan Aktiviti Kolej (SLAK)

Penyertaan KV Skill Zon Selangor / W.P Kuala Lumpur Bidang Web Technology
Bina Portfolio Anda
Bersama KVKS
Setiap pelajar akan membina portfolio projek yang lengkap sepanjang pengajian, memberi kelebihan ketika memohon pekerjaan.
